Thursday 23 June 2011

Saya rindu..


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang lebih suka diam dari berkata
lebih suka mendengar dari berbicara
perkara yang aneh dan tiada dalam dunia
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang lebih rela dibuli dari membuli
lebih suka menangis sendiri dari berkonfrontasi
menyimpan sendiri dari menyakiti
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang menyimpan rasa suka dan duka
sebagai bahan bicara dengan Yang Maha Esa
dari mencari hamba untuk mendengar kata
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang senyum tidak lekang di bibir
di saat suka atau duka
walau ribut datang melanda atau tatkala pelangi memunculkan dirinya
saya rindu kamu yang dahulu.

Kamu,
dimanakah kamu sekarang?
puas sudah ku mencari
merentas daratan
membelah awan
mendaki gunung
menyelami lautan
namun tidak juga saya temui kamu
dimanakah kamu?
saya rindu!

Kamu,
kembalilah seperti kamu yang dahulu
yang saya sayangi
yang sahabat sukai
yang tetangga senangi
kamu yang sentiasa di hati
dimanakah kamu?
saya rindu!

Kamu,
jadilah anak yang solehah
senangkan hati ibu bapa mu yang demi mu telah bersusah payah
dirimu dengan Al-Quran jangan berpisah
walau apa pun masalah
kamu janji ya?

Kamu,
saya mahukan kamu yang dahulu
saya mahu kamu
kamu.


2 comments:

Shazwan Azizan - wanblur said...

nice.. jiwang jugak member aku nie :P

penyu said...

rindu diri sendiri yang lama lah. haha