Tuesday, 24 January 2012

Eightcellent-e!



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Hari ini, tanggal 24 Jan 2012, eightcellents akan memulakan sidang skripsi, exam terakhir untuk semester ini, sebelum menamatkan teori di bumi Jatinangor.

Hari ini, di 20 ruangan, dengan di setiap ruangan sedang menunggu 5 doktor (2 pembimbing dan 3 penguji) untuk menguji dan menanyakan soalan-soalan.

Hari ini, 80 dari kami akan selangkah berada di koas.

Hari ini.



To all Eightcellent, we have gone through great journey. This would be the last hurdle for o everybody. Let's do great! Cause we are EIGHTCELLENT, enol lapan, SATU!





* Aiza sidang hari jumaat, doakan!

** orang lain sidang, Aiza yang berdebar lebih lebih :((

*** all the best semua!

**** towards the excellent, eightcellent-e!

Saturday, 21 January 2012

Aku sayang kamu



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sejak pertama kali melihatmu
Aku tenang
Aku senang
Aku girang
Aku tahu, aku ditakdirkan bertemu denganmu
Di bumi milik Allah ini

Semakin hari, semakin banyak perbualan kita
Semakin banyak perkongsian kita
Semakin banyak gelak tawa
Tidak lupa suka duka bersama
Namun aku bersyukur
Allah memberi aku peluang bertemu denganmu

Namun, akhir ini kau berubah
Aku seperti tidak mengenal dirimu lagi
Apa salahku?
Adakah aku mengguris hatimu?
Adakah kau terasa dengan kata-kataku?
Maafkan aku!
Sungguh, aku tidak berniat!
Aku sayang kamu!

Aku lihat kau mula lari dari landasan
Aku tidak mahu kau lari jauh
Aku tidak mahu kau tertinggal
Ya, aku bukan lah malaikat
Aku turut melakukan kesalahan
Maka tegurlah aku!
Aku tidak mahu sendirian!
Bawalah aku ke syurga Allah!
Aku sayang kamu kerana Allah!

Maafkan aku sekiranya teguranku menggurismu
Maafkan aku sekiranya ungkapanku menyakiti telingamu
Maafkan aku kerana suka membebel kepadamu
Tapi
Aku lakukannya kerana satu alasan
Aku sayang kamu!

Maafkan aku sahabat
Kerana caraku kurang berkenan di hatimu
Maafkan aku sahabat
Aku hanya mahukan yang terbaik untukmu
Maafkan aku sahabat
Aku sayang kamu!


* Aiza rindu Malaysia
** Aiza rindu rumah dan segala isi didalamnya
*** Aiza rindu semua sahabat Aiza :((


Friday, 25 November 2011

Tahniah Abang Kakak Akang Teteh!

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Congratulations Awin and Kak Ija on your wedding! :D

Congratulations Abang Kakak Akang Teteh Angkatan 2005! Secara rasmi, kalian telah menjadi dokter! Teruskan kecemerlangan kalian di mana sahaja kalian berada. Kami adik kelas akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian :)



Dan kepada semua para pejuang, jangan putus asa. Ingat, Allah senantiasa bersama orang yang berusaha! :*


Thursday, 11 August 2011

Obsession

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aiza baru pulang dari menjawab ujian CRP 5 tadi. Alhamdulillah, segalanya lancar. Sedang bersantai-santai bersama Farah Wahidah aka Wado, tiba tiba terkeluar satu topik yang agak menarik: Obsesi. Menarik bukan?



********************************

Situasi 1:

Si A sedang berjalan dengan sahabatnya, Si B. Tiba tiba Si A menjerit

A: Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

B: eh eh, kenapa ni? Whats wrong? Are you alright?

A: Aaaaaa! Ashton Kutcher ada kat situ! *sambil jari telunjuk menunjuk ke satu sudut*

B: ha?

A: *lari laju laju ke arah artis tersebut*


********************************

Situasi 2:

Anak: Ibu, esok bangunkan saya jam 3 ya?

Ibu: Baik anakku. Anak mahu solat tahajud ya? Jom sama-sama dengan ibu jom!

Anak: eh, taklah ibu. Esok kan buku Harry Potter yang ke lapan akan direlease. Anak nak jadi orang pertama yang memilikinya! *grin*


*********************************


Hm, bukan niat Aiza untuk memperlekehkan siapa-siapa. Tidak sama sekali. Perasaan suka, minat; itu sangat normal bagi seseorang individu. Tak salah untuk meminati. Tapi jangan obses. Contoh dalam situasi 1, ya Aiza tahu encik Ashton Kutcher itu kacak, segak dan sebagainya. Namun tak kasihan ke pada dia diserbu oleh peminat yang obses? Mesti kasihan isteri dia tengok suami dia dikerumuni orang-orang yang tak beliau kenali. Nak shopping pun susah. haaaa~

Dalam situasi 2 pula, ini berlaku di Malaysia sendiri. Ya, Harry Potter hanya ada 7 siri sahaja. Dan ya, novel Harry Potter itu asiiiiikkkkkk banget! Seru deh! Tapi apa salahnya kalau bangun jam 3 pagi itu dimulakan dengan tahajud. Lepas solat subuh, nak pi beratur 7 kilometer nak beli novel tu pun pi lah. Silakan. takda sapa nak larang hang dah. ekeke

Inti sebenarnya adalah: tidak perlulah kita obses kepada perkara perkara duniawi. Sampai masa, suatu saat ketika ajal kita tiba, semua obsesi kita tidak mampu untuk membantu kita menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir. Kita sendirian. Namun sekiranya kita bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang diajar Rasulullah, InsyaAllah, urusan akhirat kita dipermudahkan. :)



* Ingat, dunia hanya satu persinggahan, perjalanan kita masih panjang

** Hidup biarlah bersederhana. Obsesi adalah berlebihan.

*** Aiza tidak obses pada penyu ye. suka banyak sikit dari orang lain je. hehe

**** tiada niat menyinggung siapa siapa. Hanya sekadar perkongsian.

***** di bulan Ramadhan ini, ayuh kita pertingkatkan amalan!

****** Selamat menjalani ibadah puasa! ^^

Monday, 8 August 2011

Harapan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ehem. Lama rasanya Aiza tidak menulis di ruangan ini *bajet sebulan hilang orang dah rindu* Pejam celik, tanpa disedari, kita sudah melangkah masuk ke bulan Ogos 8 hari yang lalu. dan Ramadhan juga sudah 8 hari kita lalui. Bagaimana teman-teman Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari Ramadhan sebelumnya? Harapnya begitu. Bahagia rasanya Aiza masih dapat merasakan Ramadhan lagi pada tahun ini. Bulan dimana setiap amalan dapat diganda. Bulan dimana tadarus bergema. Bulan penuh barakah.

Aiza teringat Ramadhan di mana Aiza mula-mula menjejakkan kaki di bumi Jatinangor. Anak mahasiswa tahun pertama. Belum sampai sebulan tiba disini, Ramadhan pun tiba. Seperti biasa, kami teruja! Teruja kerana pertama kali berbuka bersama teman. Teruja dibangunkan pak satpam untuk sahur. Teruja mencari makanan berbuka sendiri. Teruja berpuasa pertama kali jauh dari keluarga. Namun teruja ternyata hanya seketika. Berpuasa di perantauan adalah suatu perkara yang menyedihkan. Ya, mencabar namun rindu untuk berbuka bersama keluarga menerpa diri. Rindu bertarawih bersama keluarga. Rindu bertadarus bersama mama. Rindu mengajar sang cilik mengaji ba'da Asar. Rindu.

Semestinya Ramadhan kali Aiza mahukan perubahan. Berubah menjadi lebih baik. Berubah kearah kebaikan. Maka, jom buat checklist apa yang perlu dilakukan sepanjang Ramadhan!!

  • Tadarus Alquran: minima satu juzu' sehari
  • Banyakkan bersedekah. Gunakan kesempatan banyaknya pengamen di bumi Jatinangor ini untuk bersedekah
  • Murahkan senyuman! :)
  • Rajinkan diri. Baik dalam pembuatan thesis ataupun belajar.
  • Tolong mama dan baba sebaik sahaja tiba di rumah *tak sabar!*

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui, dengan sempurna.


Ingatkan Aiza sekiranya Aiza alpa :)


* Tinggal kurang lebih 2 minggu lagi nak balik. Excited!!
** Jangan lupa checklist okay Aiza? ^^
*** Teringat dulu cikgu suka cakap kelas alpha suka alpa! :(
**** Selamat berpuasa teman teman!
***** Ingat hidup cuman satu kali #waliband tobatmaksiat :P

Thursday, 23 June 2011

Saya rindu..


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang lebih suka diam dari berkata
lebih suka mendengar dari berbicara
perkara yang aneh dan tiada dalam dunia
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang lebih rela dibuli dari membuli
lebih suka menangis sendiri dari berkonfrontasi
menyimpan sendiri dari menyakiti
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang menyimpan rasa suka dan duka
sebagai bahan bicara dengan Yang Maha Esa
dari mencari hamba untuk mendengar kata
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang senyum tidak lekang di bibir
di saat suka atau duka
walau ribut datang melanda atau tatkala pelangi memunculkan dirinya
saya rindu kamu yang dahulu.

Kamu,
dimanakah kamu sekarang?
puas sudah ku mencari
merentas daratan
membelah awan
mendaki gunung
menyelami lautan
namun tidak juga saya temui kamu
dimanakah kamu?
saya rindu!

Kamu,
kembalilah seperti kamu yang dahulu
yang saya sayangi
yang sahabat sukai
yang tetangga senangi
kamu yang sentiasa di hati
dimanakah kamu?
saya rindu!

Kamu,
jadilah anak yang solehah
senangkan hati ibu bapa mu yang demi mu telah bersusah payah
dirimu dengan Al-Quran jangan berpisah
walau apa pun masalah
kamu janji ya?

Kamu,
saya mahukan kamu yang dahulu
saya mahu kamu
kamu.


Thursday, 9 June 2011

kisah burung merpati


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Hari ini Aiza nak bercerita kisah burung merpati. Begini kisahnya..

Aiza naik ke tingkat atas rumah, nak sidai pakaian (di sini tempat sidai pakaian kami di atas rumah). Masa tengah sidai-sidai tu, Aiza perasan ada seekor burung merpati duduk usha usha Aiza dari balik dinding. I was like, asal burung dok usha? Dengan membiarkan sahaja burung tersebut, Aiza terus menjemur pakaian yang tadinya masih banyak di dalam baldi pink.




Seketika kemudian, datang terkedek-kedek 2 ekor merpati ke arah Aiza. Belum sempat Aiza berpaling dari burung-burung tersebut, Aiza nampak mereka melakukan aktiviti untuk memastikan kemandirian spesis mereka. Isk isk, burung ni. Tiada tempat lain ke dia nak buat benda tu. huhu. Lepas mereka dah tidak diatas masing-masing, mereka pun beredar ke tempat lain. Namun tak lama. Sejenak kemudian mereka datang kembali ke arah Aiza. Dan kedua-dua burung tersebut memandang Aiza tajam dengan mata merah mereka. Scary oh!

Aiza pun tenung lah balik. Mereka tak lepas lepas tengok juga. Geram, Aiza pun cakap pada burung-burung tu cani, "Hey, don't blame me. You did that infront of me. It's not like I ask for it!" *gila pi marah burung kuat-kuat* Ha, kan dah kena marah! Lepas cakap macam tu, baru lah burung burung tu beredar. Aiza pun meneruskan aktiviti menyidai pakaian.

*********************************

Itu kisah burung merpati. Mereka pun rasa malu bila Aiza lihat mereka begitu. Ha, burung pun tahu malu tau!

Manusia pula bagaimana? Melakukan dosa tanpa segan silu? Mendedah dosa dengan bangga tanpa memikirkan maruah diri? Na'uzubillah. Ya Allah, Kau jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang merosakkan.

Bukan mahu menyindir atau mengata. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri juga. Kalau tahu benda tu salah, jangan digembar-gembur, bagitahu satu dunia, letak gambar untuk tayangan umum. Bila kita dah berbangga dengan dosa dan maksiat, there's something wrong somewhere up there, my dear ones. Dah la kita dah buat salah, tayang pula pada orang lain. Pastu orang start nak gossip la, kutuk la. Habis berdosa semua sebab kesalahan kita. Silap hari bulan, kita pula dapat dosa gara-gara kesalahan tersebut. Bak kata omputih, dosa berantai. haaaaa~

Ingatlah wahai semua, syaitan (bukan Seth Tan ye?) sentiasa berusaha untuk menarik kita ke dalam neraka jahanam sebagai peneman mereka pada Hari Pembalasan. Jadi, up to us untuk ikut mereka atau berpegang pada ajaran Rasulullah, ditemani bidadari syurga suatu hari kelak.

Nah, itu sahaja bebelan Aiza petang ini. Harap pengajaran dapat diambil, manfaat dapat disebarkan. Ingatkan Aiza sekiranya Aiza melakukan kesilapan ye? :)

* syndrome stress pre-sooca.

** burung merpati tu dah beranak-pinak atas rumah kami. stress betul. time time sooca ni lah dia nak buat tap dance. grr

*** debarnya sooca ni! huaaaaa~

**** doakan kami kawan-kawan!