Saturday, 3 July 2010

mari ber-BICARA

kisah 1

Perbualan telefon antara adik dan kakak beliau.

Kakak: Alief, Alief sokong bola team mana?

Adik: Alief sokong team apa tah nama dia. Dia lawan Portugal (pada hari tersebut, match yang berlangsung adalah antara Ivory Coast dan Portugal)

Kakak: Kenapa Alief tak sokong Portugal?

Adik: La, dulu kan dorang serang Melaka. Sekarang pergi duduk kat Portugal pulak. isk, Kak Long ni~

oh, kakak yang sungguh tak sensitif! =.='


**************************

Kisah 2

Masih perbualan antara kakak dan adik, cuma pada hari yang berbeza

Kakak: Alief, jangan makan McD tau!

Alief: Kenapa, Kak Long?

Kakak: Sebab McD bagi duit kat orang jahat. Pastu nanti orang jahat tu beli pistol, tembak orang Islam.

Alief: Ok kak. Tapi Alief tak faham. Kenapa dia bagi pistol kat orang Islam, tapi dia nak suro orang Islam tembak orang Islam?

adakah explanation saya terlalu kanak-kanak sehingga Alief pun tak paham? =.='


*************************

Kisah 3

Perbualan antara pakcik teksi dan 2 orang pelajar Malaysia

Pakcik: Neng, mahu ke mana neng?

Pelajar: Jatinangor pak

Pakcik: Dari mana neng? Jambi atau Makassar?

muka kami nampak macam local ke? =.='


****************************

Kisah 4


Perbualan antara bapa dan anak di dalam angkot

Anak: Pa, Pancasila itu apa?

Bapa: Pancasila itu burung GARUDA

oh, bapa ini sungguh lembut menerangkan erti pancasila kepada anak beliau! ^^


*********************


Kisah 5

Perbualan antara ibu dan anak

Saya dan teman menonton eclipse di panggung wayang.

Anak: Ma, matanya semua merah ya?

Ibu: Iya, merah semuanya!

walaupun tengah menonton, ibu ini masih melayan karenah anak beliau ^^




7 comments:

dr.radzi said...

like this!=)

penyu said...

part mana? part makassar jambi tu eh?

dr.radzi said...

sume.
sy lebih prefer membaca dialog dari membaca blog. ngahaha...=p

Ahmad Akmal said...

saya lebih prefer baca komen ke-2 aji dari komen 1st beliao.

Rumput said...

lol..taxi drivers are always funny kan.. love all of them

penyu said...

haha. over peramah la the taxi driver. eheh

captain anjang said...

tomeinye dak adik! hahahaaa pahni wat a agi dialog ngn adek byk2.bes bes!