Thursday, 18 March 2010

erti sebuah persahabatan

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera pembuka bicara

alhamdulillah, sudah hampir 1bulan berlalu sejak tubuh layu aiza amierah diusung ke dalam ambulans klinik unpad. sudah 30 hari sejak aiza amierah dibawa ke Unit Rawatan Rapi Rumah Sakit Al-Islam. setelah difikir-fikir semula, bak kata baba, agak melampau la masuk hospital terus masuk ICU. aiza sendiri tertanya-tanya. teruk sangatkah keadaan saya ketika itu? hmm..

pada tanggal 14 feb 2010, aiza yang terbaring lemah di atas katil telah dibawa oleh Najiha ke klinik unpad. pada ketika itu, aiza mengalami demam-demam. da hampir 3minggu da demam pada ketika itu. doktor yang bertugas pada ketika itu mendiagnosis saya terkena typhoid fever. memang lembik macam sayur kangkung yang dah dicelur la time tu. 2hari kemudian, kondisi saya tak berubah. maka Najiha bawa saya pegi KliPad balik. untuk follow up. tiba-tiba doktor cakap nak refer kat Al-Islam. Dah dalam ambulans tu, tiba-tiba sakit kat bahagian kiri perut. memang mengerang kesakitan la. Jiha dah tak tahu buat apa dah. dan saya sendiri perasan bapak yang bawa ambulans tu dah laju semacam. sampai-sampai al-Islam, terus buat lab test. petang tu terus admitted. Saida dan Jiha yang menemani saya pada malam itu. terima kasih sahabat!

pada 17 feb 2010, kak ijey dan arif marsin yang kebetulan tiada kelas pagi itu datang menemani saya. pada ketika ini memang saya dah separa sedar. tak ingat pun doktor masuk ke, apa ke. tahu-tahu kak ijey cakap saya kena pindah wad. dan sedar-sedar nampak mama, mok, mak lang dan cik koma dah keliling saya. dah agak malam, saya nampak kak iijey masih ada di situ. dia dan arif yang mengurus segala urusan administrasi. terima kasih sahabat!

ramai yang datang melawat pada hari kedua saya dimasukkan ke ICU. sampai mama cakap ada note kat pintu tulis 'NO MORE VISITORS FOR AIZA'. over en? haha. kawan-kawan, saya terharu! banyak buah tangan saya dapat. yang paling saya ingat adalah keprihatinan dan kesanggupan kalian untuk datang ramai-ramai untuk tengok saya. dan paling saya rasa terkesan bila adanya majlis bacaan yassin untuk mendoakan kami-kami yang tak berapa sihat ni. terima kasih sahabat!

bagi teman-teman yang tiada di indonesia, banyak text messages yang saya dapat. baik dari malaysia, republic czech, india. sungguh saya terharu. maaf saya tidak me-reply. tak larat la. huhu. terima kasih juga bagi mereka yang membuat entry special untuk aiza amierah. terima kasih kerana mendoakan. terima kasih sahabat!

pengorbanan mama dan baba juga tidak dapat saya balas. abang ajak, maklang, cik koma, mok, tok mek, adik, awin, ady, alief, anis serta semua yang telah banyak berkorban untuk miera. terima kasih!! hanya allah yang mampu membalas segala jasa kalian.

alhamdulillah saya suadah kembali. doakan saya sentiasa sihat ye? amin~

11 comments:

~ nur khairunnisa mohd azuhar ~ said...

aiza amierah
im glad ko dah sehat
:)

hani said...

welcome back budak penyu!! now you know how much we missed you during those times you weren't here. huhuu~ lepas ni practice tgn lak yee cik aiza! ;)

*F.Y* said...

alhamdulillah~
u're one lucky girl..Allah chose you to go through all those things, kurang sikit beban kat akhirat nanti kan kan, alhamdulillah:)))

Jaga diri baik2! Jangan nakal2! and jangan banyak alasan!

*k.fhana yang garang tetapi comel*

p/s: oh yea. welcome back!! hehe.
moga tangan aiza cepat baik, n boleh guna tangan tu untuk melakukan 'suture' dengan berjaya~

yay~ amin:D

Dr Amad said...

Selamat ada tenet

Selamat sihat

Selamat berkerja

Selamat dunia akhirat!

enor said...

aiza.. Alhamdulillah awak dah sihat. jaga diri elok2 k. love you.

HAMIZA HANI said...

azmi=panjang
dina
safwan

kirim slm kt aiza..dina slm peluk cium..tp ms tu nk dtg,dorg kate da xleh mlwt..so xdpt dtg..sorry taw aiza...alhamdulillah aiza da chat...

||Aku Pemikir|| said...

Salam,

minta link nya untuk letak di dalam blog saya dan minta letakkan link saya ke blog ko,
dan minta sama2 kita menjadi follower blog masing2

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

semoga dapat bertukar2 idea dan pandangan.. :)


yoyo,
fk 06

Ahmad Akmal said...

weh sungguh bersarang tempat ni.

penyu said...

exam la. sat gi da abes akan di update ye abah! eheh

dr.radzi said...

"abah dah dapat jawapan ni....", kata akmal pada anaknya. (tetiba?=p)

penyu said...

erk.. em em. abah da dapat? lambat la abah ni. da abes exam da. haha