Wednesday 7 July 2010

sudah hampir

Kriiiinnnggg!!!

Tangan meraba-raba mencari jam loceng yang diletak di sebelah bantal sebelum tidur. Walaupun sudah terjaga, namun mata masih belum mahu terbuka. "Isk, mana lah jam loceng ni," bisik hati kecil sendiri. Setelah cubaan ke-3 akhirnya, terbuka juga mata. Jarum-jarum di loceng berwarna merah jambu itu di tenung. Oh, dah pukul 5. Waktu untuk bersahur. Selimut yang membaluti tubuh diletak ke tepi. Perlahan-lahan, menuju kamar mandi untuk membersihkan muka.

"Anis, Adik. Bangun sahur!" begitulah rutin harian Aiza sewaktu bulan puasa pada suatu masa dahulu. Kenapa tiba-tiba membiacarakan tentang puasa ni? Hmm. Teringat memori lama, sewaktu Aiza berpuasa sebulan penuh dirumah. Sewaktu membantu mama, nini dan adik membuat choc chip. Dan juga memasang langsir. Dan membeli baju baru bersama adik-adik.

****************

"Alief, cepat niat!" Alief mengepalai kami membaca niat puasa. Dengan semangat, Alief mambaca niat:




Walaupun masih mamai dan mengantuk, semua menjamah makanan yang terhidang. Tak kisah sikit, banyak. Tetap makan. Oh, rindu suasana itu. Cepat lah Pulang!!

**************

Balik kali ini, sempat berpuasa di rumah untuk beberapa minggu. Kemudian perlu kembali ke Jatinangor semula. Hidup seorang pelajar di perantauan. Sangat menguji kesabaran. Alhamdulillah, dapat juga balik untuk raya kali ini. Serik untuk beraya di sini. Cukup lah pengalaman pada tahun pertama :)

* eh, tak sabar la nak puasa!!

** esok puasa jom!

*** jom ramai-ramai pegi ta'lim di bale 4! :)

3 comments:

Rumput said...

yay!aiza balik raya!!!!

Unknown said...

pose nk dekat deyh haha

penyu said...

rumput: tapi banyak conflict. i'll tell you later :)

miemie: dekat sangat doh ni. huuu~