Friday, 25 November 2011

Tahniah Abang Kakak Akang Teteh!

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Congratulations Awin and Kak Ija on your wedding! :D

Congratulations Abang Kakak Akang Teteh Angkatan 2005! Secara rasmi, kalian telah menjadi dokter! Teruskan kecemerlangan kalian di mana sahaja kalian berada. Kami adik kelas akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian :)



Dan kepada semua para pejuang, jangan putus asa. Ingat, Allah senantiasa bersama orang yang berusaha! :*


Thursday, 11 August 2011

Obsession

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Aiza baru pulang dari menjawab ujian CRP 5 tadi. Alhamdulillah, segalanya lancar. Sedang bersantai-santai bersama Farah Wahidah aka Wado, tiba tiba terkeluar satu topik yang agak menarik: Obsesi. Menarik bukan?



********************************

Situasi 1:

Si A sedang berjalan dengan sahabatnya, Si B. Tiba tiba Si A menjerit

A: Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

B: eh eh, kenapa ni? Whats wrong? Are you alright?

A: Aaaaaa! Ashton Kutcher ada kat situ! *sambil jari telunjuk menunjuk ke satu sudut*

B: ha?

A: *lari laju laju ke arah artis tersebut*


********************************

Situasi 2:

Anak: Ibu, esok bangunkan saya jam 3 ya?

Ibu: Baik anakku. Anak mahu solat tahajud ya? Jom sama-sama dengan ibu jom!

Anak: eh, taklah ibu. Esok kan buku Harry Potter yang ke lapan akan direlease. Anak nak jadi orang pertama yang memilikinya! *grin*


*********************************


Hm, bukan niat Aiza untuk memperlekehkan siapa-siapa. Tidak sama sekali. Perasaan suka, minat; itu sangat normal bagi seseorang individu. Tak salah untuk meminati. Tapi jangan obses. Contoh dalam situasi 1, ya Aiza tahu encik Ashton Kutcher itu kacak, segak dan sebagainya. Namun tak kasihan ke pada dia diserbu oleh peminat yang obses? Mesti kasihan isteri dia tengok suami dia dikerumuni orang-orang yang tak beliau kenali. Nak shopping pun susah. haaaa~

Dalam situasi 2 pula, ini berlaku di Malaysia sendiri. Ya, Harry Potter hanya ada 7 siri sahaja. Dan ya, novel Harry Potter itu asiiiiikkkkkk banget! Seru deh! Tapi apa salahnya kalau bangun jam 3 pagi itu dimulakan dengan tahajud. Lepas solat subuh, nak pi beratur 7 kilometer nak beli novel tu pun pi lah. Silakan. takda sapa nak larang hang dah. ekeke

Inti sebenarnya adalah: tidak perlulah kita obses kepada perkara perkara duniawi. Sampai masa, suatu saat ketika ajal kita tiba, semua obsesi kita tidak mampu untuk membantu kita menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir. Kita sendirian. Namun sekiranya kita bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang diajar Rasulullah, InsyaAllah, urusan akhirat kita dipermudahkan. :)



* Ingat, dunia hanya satu persinggahan, perjalanan kita masih panjang

** Hidup biarlah bersederhana. Obsesi adalah berlebihan.

*** Aiza tidak obses pada penyu ye. suka banyak sikit dari orang lain je. hehe

**** tiada niat menyinggung siapa siapa. Hanya sekadar perkongsian.

***** di bulan Ramadhan ini, ayuh kita pertingkatkan amalan!

****** Selamat menjalani ibadah puasa! ^^

Monday, 8 August 2011

Harapan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ehem. Lama rasanya Aiza tidak menulis di ruangan ini *bajet sebulan hilang orang dah rindu* Pejam celik, tanpa disedari, kita sudah melangkah masuk ke bulan Ogos 8 hari yang lalu. dan Ramadhan juga sudah 8 hari kita lalui. Bagaimana teman-teman Ramadhan kali ini? Adakah lebih baik dari Ramadhan sebelumnya? Harapnya begitu. Bahagia rasanya Aiza masih dapat merasakan Ramadhan lagi pada tahun ini. Bulan dimana setiap amalan dapat diganda. Bulan dimana tadarus bergema. Bulan penuh barakah.

Aiza teringat Ramadhan di mana Aiza mula-mula menjejakkan kaki di bumi Jatinangor. Anak mahasiswa tahun pertama. Belum sampai sebulan tiba disini, Ramadhan pun tiba. Seperti biasa, kami teruja! Teruja kerana pertama kali berbuka bersama teman. Teruja dibangunkan pak satpam untuk sahur. Teruja mencari makanan berbuka sendiri. Teruja berpuasa pertama kali jauh dari keluarga. Namun teruja ternyata hanya seketika. Berpuasa di perantauan adalah suatu perkara yang menyedihkan. Ya, mencabar namun rindu untuk berbuka bersama keluarga menerpa diri. Rindu bertarawih bersama keluarga. Rindu bertadarus bersama mama. Rindu mengajar sang cilik mengaji ba'da Asar. Rindu.

Semestinya Ramadhan kali Aiza mahukan perubahan. Berubah menjadi lebih baik. Berubah kearah kebaikan. Maka, jom buat checklist apa yang perlu dilakukan sepanjang Ramadhan!!

  • Tadarus Alquran: minima satu juzu' sehari
  • Banyakkan bersedekah. Gunakan kesempatan banyaknya pengamen di bumi Jatinangor ini untuk bersedekah
  • Murahkan senyuman! :)
  • Rajinkan diri. Baik dalam pembuatan thesis ataupun belajar.
  • Tolong mama dan baba sebaik sahaja tiba di rumah *tak sabar!*

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui, dengan sempurna.


Ingatkan Aiza sekiranya Aiza alpa :)


* Tinggal kurang lebih 2 minggu lagi nak balik. Excited!!
** Jangan lupa checklist okay Aiza? ^^
*** Teringat dulu cikgu suka cakap kelas alpha suka alpa! :(
**** Selamat berpuasa teman teman!
***** Ingat hidup cuman satu kali #waliband tobatmaksiat :P

Thursday, 23 June 2011

Saya rindu..


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang lebih suka diam dari berkata
lebih suka mendengar dari berbicara
perkara yang aneh dan tiada dalam dunia
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang lebih rela dibuli dari membuli
lebih suka menangis sendiri dari berkonfrontasi
menyimpan sendiri dari menyakiti
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang menyimpan rasa suka dan duka
sebagai bahan bicara dengan Yang Maha Esa
dari mencari hamba untuk mendengar kata
saya rindu kamu yang dahulu.

Saya rindu,
akan kamu yang dahulu
yang senyum tidak lekang di bibir
di saat suka atau duka
walau ribut datang melanda atau tatkala pelangi memunculkan dirinya
saya rindu kamu yang dahulu.

Kamu,
dimanakah kamu sekarang?
puas sudah ku mencari
merentas daratan
membelah awan
mendaki gunung
menyelami lautan
namun tidak juga saya temui kamu
dimanakah kamu?
saya rindu!

Kamu,
kembalilah seperti kamu yang dahulu
yang saya sayangi
yang sahabat sukai
yang tetangga senangi
kamu yang sentiasa di hati
dimanakah kamu?
saya rindu!

Kamu,
jadilah anak yang solehah
senangkan hati ibu bapa mu yang demi mu telah bersusah payah
dirimu dengan Al-Quran jangan berpisah
walau apa pun masalah
kamu janji ya?

Kamu,
saya mahukan kamu yang dahulu
saya mahu kamu
kamu.


Thursday, 9 June 2011

kisah burung merpati


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Hari ini Aiza nak bercerita kisah burung merpati. Begini kisahnya..

Aiza naik ke tingkat atas rumah, nak sidai pakaian (di sini tempat sidai pakaian kami di atas rumah). Masa tengah sidai-sidai tu, Aiza perasan ada seekor burung merpati duduk usha usha Aiza dari balik dinding. I was like, asal burung dok usha? Dengan membiarkan sahaja burung tersebut, Aiza terus menjemur pakaian yang tadinya masih banyak di dalam baldi pink.




Seketika kemudian, datang terkedek-kedek 2 ekor merpati ke arah Aiza. Belum sempat Aiza berpaling dari burung-burung tersebut, Aiza nampak mereka melakukan aktiviti untuk memastikan kemandirian spesis mereka. Isk isk, burung ni. Tiada tempat lain ke dia nak buat benda tu. huhu. Lepas mereka dah tidak diatas masing-masing, mereka pun beredar ke tempat lain. Namun tak lama. Sejenak kemudian mereka datang kembali ke arah Aiza. Dan kedua-dua burung tersebut memandang Aiza tajam dengan mata merah mereka. Scary oh!

Aiza pun tenung lah balik. Mereka tak lepas lepas tengok juga. Geram, Aiza pun cakap pada burung-burung tu cani, "Hey, don't blame me. You did that infront of me. It's not like I ask for it!" *gila pi marah burung kuat-kuat* Ha, kan dah kena marah! Lepas cakap macam tu, baru lah burung burung tu beredar. Aiza pun meneruskan aktiviti menyidai pakaian.

*********************************

Itu kisah burung merpati. Mereka pun rasa malu bila Aiza lihat mereka begitu. Ha, burung pun tahu malu tau!

Manusia pula bagaimana? Melakukan dosa tanpa segan silu? Mendedah dosa dengan bangga tanpa memikirkan maruah diri? Na'uzubillah. Ya Allah, Kau jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang merosakkan.

Bukan mahu menyindir atau mengata. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri juga. Kalau tahu benda tu salah, jangan digembar-gembur, bagitahu satu dunia, letak gambar untuk tayangan umum. Bila kita dah berbangga dengan dosa dan maksiat, there's something wrong somewhere up there, my dear ones. Dah la kita dah buat salah, tayang pula pada orang lain. Pastu orang start nak gossip la, kutuk la. Habis berdosa semua sebab kesalahan kita. Silap hari bulan, kita pula dapat dosa gara-gara kesalahan tersebut. Bak kata omputih, dosa berantai. haaaaa~

Ingatlah wahai semua, syaitan (bukan Seth Tan ye?) sentiasa berusaha untuk menarik kita ke dalam neraka jahanam sebagai peneman mereka pada Hari Pembalasan. Jadi, up to us untuk ikut mereka atau berpegang pada ajaran Rasulullah, ditemani bidadari syurga suatu hari kelak.

Nah, itu sahaja bebelan Aiza petang ini. Harap pengajaran dapat diambil, manfaat dapat disebarkan. Ingatkan Aiza sekiranya Aiza melakukan kesilapan ye? :)

* syndrome stress pre-sooca.

** burung merpati tu dah beranak-pinak atas rumah kami. stress betul. time time sooca ni lah dia nak buat tap dance. grr

*** debarnya sooca ni! huaaaaa~

**** doakan kami kawan-kawan!

Monday, 6 June 2011

Kidneys

Bismillahirrahmanirrahim

In the name of Allah, Most Graceful and Most Merciful


I'm currently trying to memorize my SOOCA cases but I'm stuck with the laptop. So, mama said make something good with the technology. share the cases with others. So, here goes nothing!

ANATOMY OF KIDNEY

Borders:
  • Right: liver, duodenum, ascending colon
  • Left: stomach, jejunum, spleen, descending colon

General anatomy:
  • 2 kidneys, retroperitoneal
  • level at T12 - L3, covered with renal fascia
  • bean-shaped
  • surrounded by fibrous capsule within perirenal fat
Lymphatics

3 plexus:
  • intrarenal (in substance of kidney)
  • subcapsular (under fibrous capsule)
  • perirenal (in perirenal fat)
Vascularization
  • Artery
- Anterior: Superior segmental, Anterosuperior segmental, Anteroinferior segmental, Inferior segmental
- Posterior: Posterior segmental
  • Vein: Right and left renal vein drains into IVC
- receives Left suprarenal vein, Left gonadal vein and communication with ascending lumbar vein

Innervation
  • Renal nerve plexus: sympathetic and parasympathetic

HISTOLOGY OF KIDNEY

Renal corpuscle
  • bowman's capsule:
- visceral (inner) : podocyte, pedicles
- parietal (outer) : simple squamous
  • glomerulus
* endothelial cells: fenestrated
* basement membrane : proteoglycan
* epithelial : podocyte
* mesangial cells : contractile properties

proximal convoluted tubule

  • cuboidal / low columnar
  • many microvilli

distal convoluted tubule

  • simple cuboidal
  • contain macula densa

loop of Henle

  • thick and thin descending loop : squamous epi
  • thick and thin ascending loop : simple cuboidal epi

collecting tubule and duct
  • cuboidal epi

juxtaglomerular apparatus

  • modified smooth mucle cells
  • afferent arterioles: produce renin


Kidney Circulation
  • Artery: Renal - segmental - interlobar - arcuate - interlobular - afferent arterioles - glomerular capillaries
  • Vein : Afferent arterioles - peripheral capillary - interlobular - arcuate - interlobar - segmental - renal vein
okay dah malas type. trying to memorize these and 4 other cases for today. Pray for me people!

* 14 cases. less than 5 days. I'm sooooo dead!

** pray for eightcellent, people!

*** the family is on vacation to Kota Kinabalu and I'm stuck here, having the worst week of my life! *jealous*

**** mama! nak penyu sekoq!

***** adik: mama is buying your stuff right now. YEAY!

Sunday, 5 June 2011

Aku sebatang pen


Bismillahirrahmanirrahim

Nostalgia kan tajuk entry kali ni? Aku sebatang pen. Teringat zaman sekolah rendah, tulis karangan tajuk ala-ala macam ni. Kenapa aku sebatang pen? Sebab pen kesayangan baru sahaja kehabisan dakwatnya sebentar tadi. Terima kasih pen! Awak dah banyak berjasa. Walaupun awak bakal diganti, namun saya akan pastikan yang menggantikan awak persis seperti awak, pen FIZZ 101 yang berharga Rp 3000 :)

Kalau kita macam mana? Adakah kita seorang khalifah? Atau kita mahu meletakkan diri kita sejajar dengan sebatang pen FIZZ 101? Atau mungkin kita mahu merendahk
an darjat diri sendiri dengan menempatkan diri kita lebih rendah dari pen FIZZ 101 yang lebih banyak membantu menyampaikan dakwah dari diri kita? Na'uzubillah.



Sekali lagi, kenapa bandingkan dengan sebatang pen? Pen, walaupun murah namun jika digunakan dengan betul, mampu menjadi medium terbesar dalam berdakwah. Kalau digunakan untuk menulis catatan, nota mahupun mengajar adik kecil, kan besar maknanya disitu? Kalau guna nak tulis surat cinta, tade maknanya dik oi. teeheee *just saying*

Sekadar perkongsian. Harap bermanfaat! :)

* kenapa pen? sebab tinggal sebatang je pen ni. sila bertahan wahai pen yang tinggal sebatang!

** kenapa pen? sebab pen ni best sekali di alam semesta! sila beli di tisera jatos dengan harga Rp 3000 sahaja. heeee~

*** kenapa pen? sebab ink pen habis gara gara sooca. maka sila hargai pen anda Aiza Amierah!

**** kenapa pen? sebab aiza PENyu. huehue

Thursday, 2 June 2011

Tips SOOCA

Bismillahirrahmanirrahim


Sekadar nak share beberapa tips SOOCA dari ayahanda tercinta. Semoga bermanfaat :)

1. Jangan makan bawang, jering, petai dan seumpamanya mas nak gi oral test

2. Malam sebelum tu, letak ubat gigi dalam mulut dan terus tidur, takpayah kumur.

3. Eerrr... apa apa je lah! Yang penting jangan lupa pasang niat belajar dan nempuh ujian semuanya lillahi ta'ala, bismillah dan jawab dengan tenang


Hm, agak agak boleh pakai tak? teeheeeee


* thanks father! you made my day! XD

** semoga pesanan tersebut bermanfaat :)

*** selamat ber-SOOCA-an eightcellent!

Wednesday, 1 June 2011

what are words

Bismillahirrahmanirrahim

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Dearest mama and baba. Thank you for always being there. I know I'm not the best daughter but I'm trying to be the best for both of you.

I MISS YOU GUYS!

* mode: homesick!
** can you guys take me home, like right now?
*** mereng sikit lepas kejadian terjatuh hari tu. haha
**** all the best exam kawan kawan!

Monday, 31 January 2011

ya Allah, selamatkan lah mereka!

Assalamualaikum

Baru baru ini, dunia digemparkan dengan peristiwa rusuhan kerana kenaikan Husni Mubarak sebagai Presiden Mesir. Yang paling menyedihkan, ramai para pelajar Malaysia terkandas di sana disebalik kekacauan dan huru hara yang melanda. Aen, Amalina, Hamizah, Shukri serta yang lain lain, sila bertahan disana! Bantuan Allah pasti akan tiba!



Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


diambil dari http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/