Thursday, 4 February 2010

spider's love

bismillahirrahmanirrahim~

fuuuhhhh~~ (tiup jauh-jauh semua debu-debu yang dah berjaya menakhluki blog saya)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setelah hampir 6 bulan kami masuk ke teratak comel di hujung kampung Cikuda di Jatinangor tanpa bekalan internet mahupun mesin fotostat berhampiran, kami berjaya mengharunginya dengan jaya. Perjalanan ulang-alik ke kampus yang jaraknya memakan masa 15 minit paling laju bagi pejalan kaki santai macam kami (kami jalan memang sangat santai. kelas lagi 5 minit pun boleh je jalan macam kelas tu setengah jam lagi baru start. harap maklum), menjadikan kedudukan rumah kami yang jauh itu sebagai satu cara untuk kami bersenam. dah nama pun pelajar, lagi-lagi saya sendiri, saya mengaku. nak bangun pagi-pagi semata-mata untuk joging itu adalah satu perkara yang agak mustahil. heh

baiklah. cukup dengan karutan-karutan entah apa-apa tu. sebenarnya, terlalu banyak perkara yang telah terjadi sepanjang 6 bulan yang lepas. banyak aktiviti berlaku. banyak tekanan dihadapi. belum kira berapa kali juga kami bergilir-gilir untuk terbaring di atas katil kerana kurang sihat. tengok, mengarut lagikan? isk.

antara perkara yang telah berlaku sepanjang semester ini adalah:

1. MAKSIMAL (Majlis suai kenal mahasiswa Malaysia)
in other words, orientasi. heh. seronok! saya juga turut serba sedikit terlibat dalam acara ini. berkenalan dengan adik-adik, bertemu dengan bak kata mereka, 'gang' saya, memang seronok. hee~

2. MAISEN (Malam Inspirasi Seni)
haa~ malam ni, semua orang menunjukkan bakat masing-masing. bukan bakat nyanyian dan tarian yang dipertandingkan ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tetapi bakat seni lain seperti berlakon, membuat arca, fotografi dan macam-macam lagi la. seronok!

3. Bulan Persada Melayu
aktiviti anjuran Kelab UMNO Bandung Indonesia, KUBI for short, ini telah berjaya menyatukan ukhwah antara angkatan masing-masing. nama je bulan persada MELAYU, tapi bangsa cina dan india juga kami ajak untuk sama-sama menyokong angkatan. terbaek la!

4. PERMAI (Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia)
ini program yang paling baru sekali. dan paling banyak memberi impak kepada saya. dari segi rohani, fizikal juga ketahanan. bayangkan, di saat-saat tarikh PERMAI menjelang, fakulti kami membuat keputusan untuk mengadakan peperiksaan agama Islam pada hari tersebut. aduhai~ ramai pelajar tahun 2 yang terlibat dengan PERMAI tarik diri. kenapa? EXAM adalah keutamaan. betul tu. saya setuju. malah saya sendiri serba-salah untuk pergi atau tidak PERMAI. namun, saya tekad untuk tetap mengambil peluang yang sangat jarang saya dapat ini dan menghadiri program PERMAI yang menampilkan ustaz Haszrizal sebagai penceramah utama. alahamdulillah, saya gembira. dan saya tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat. alhamdulillah juga, peperiksaan yang kami duduki pada selepas permai itu dilalui dengan tenang.

setelah 4 hari saya berada dirumah, baru sekarang saya dapat meng-update blog yang telah lama ditinggalkan ni. bukan apa, kesihatan pada ketika itu tidak mengizinkan saya untuk bangun dari tempat perbaringan. alhamdulillah, berkat doa semua, saya disini, berjaya menaip ini, dengan sihatnya. alhamdulillah!



* phrase kegemaran saya: cari pause button!

** agak sedih sikit rasa, balek malaysia tapi demam. aduhai~

*** ye, saya makan ubat. terima kasih bagi yang concern

**** to my darlings in KL, sorry takleh jumpa kalian. masa sempit la. nnt saya balek august kita jumpa ok?

***** saya balik dapat banyak penyu! suka ^^


****** kenapa spider's love? entah. semalam tgk discovery pasal spider and how they make love. macam best je tajuk spider's love :P

2 comments:

norfaridahanum said...

akhirnya!
nnt akak smbung baca.nk komen dulu!

penyu said...

eheh. sila sila :)