Kecil hati.
Baik hati.
Makan hati.
Sakit hati.
Buah hati.
Susah hati.
Berhati-hati.
Hati. Hati. Hati.
Satu kata: HATI. Besar maknanya. Besar effects pada seseorang. Saya sangat berbesar HATI kerana ada sahabat seperti dia. Seperti mereka. Mereka sangat BAIK HATI. Tapi, HATI ini juga sering bersedih. Atas kesalahan diri. Atas kesilapan diri. Atas kelemahan diri. Atas kekurangan diri, Atas kekerdilan diri berbanding dengan kekasih Allah. Berbanding para shuhadah. Atas kealpaan diri untuk terus mengingati Dia, Tuhan yang Maha Esa.
Kenapa aiza tiba-tiba berbicara tentang hati? Aiza alpa. Aiza tidak sedar betapa kecilnya diri ini. Namun, minggu ini sangat-sangat membuka hati aiza. Aiza sedar betapa pentingnya menjaga hati ini. Betapa pentingnya hati ini. Hati.
"La Tahzan," kata seorang sahabat kepada aiza sewaktu aiza memperihalkan tentang kesedihan yang menimpa hati ini. "Saya tahu anda kuat, aiza. Jangan sedih. Allah menguji hamba-Nya. Dan Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu tak boleh nak terima ujian ni. Anda harus kuat, aiza. Kuat ye?". Masih terngiang-ngiang lagi suara sahabat saya itu. Terima kasih sahabat! Anda telah membuka mata saya.
Aduhai puteriku sayang,
Aduhai puteriku sayang,
Puteriku sayang,
Wuu~~
Lembutmu tak bererti,
Kau mudah dijual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti.
Lembut bukan hiasan,
Bukan juga kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.
Sebalik bersih wajahmu,
Disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
Itulah sekeping hati,
Yang takut pada Ilahi,
Berpegang pada janji, mengabdikan diri~
Masa aiza tengah type post ni, aiza dengar lagu ni. Lagu Hijjaz. Tajuk die: Puteriku Sayang. Last three verse lagu tuh, memang mendalam maksud die. Lagi-lagi mase tengah berbicara tentang hati.
Itulah sekeping HATI,
Yang takut pada Ilahi,
Bepegang pada janji, mengabdikan diri~
Sekeping hati. Kalau ikut anatomy manusia ni, kecik jer hati ni. Kedudukan die kat bahagian kanan abdomen. Sebab tu ginjal belah kanan tu rendah siket. Kalau da dikeluarkan pulak, xde la cantek sangat. Orang putih kater hati itu liver. heart tu jantung. Tapi kenapa orang melayu panggil hati instead of jantung? Orang melayu ni bijak sebenarnya. Orang melayu panggil hati sebab function hati lagi banyak. Hati jugak organ yg amat penting. Kalau rosak hati, nnt banyak penyakit. Hati jugak cepat tumbuh. Sebab tu la jugak hati xpayah derma semua. derma sebahagian je. Sebab hati boleh tumbuh. kn? Sebab tu orang melayu panggil hati. Hati kene jage. Rosak hati, rosak la akhlak.
Minggu ni agak menyedihkan. Bukan la sedih sangat, agak men-down-kan sebenarnyer. Banyak perkara terjadi. Sehingga membuat aiza terfikir sendiri. Banyak kali jgak la air mata mengalir minggu ni. Menyesali perbuatan diri? Menangisi nasib diri? Atau mungkin sekadar rindu pada mereka di tanah air? Entah la. Aiza sendiri tak berapa pasti. Tapi aiza fikir lagi. Kenapa minggu ni asyik sedih jer? Banyak jawapan yang aza jumpa. Dan semuanya berkisar kepada satu perkara: HATI. Hmmm...
Aiza sedar betapa pentingnya menjaga hati. Hati ibu bapa. Hati orang yang tersayang. Hati seorang teman. Hati seorang guru. Hati bestie. Hati roommate. Hati kenalan. Termasuklah hati kita sendiri.
Mama, baba. Maafkan kakak kalau kakak ada sakitkan hati mama ngn baba.
Adik-adik. Kakak mintak maaf ye? Kakak xperfect. Meh sama-sama berusaha untuk jadi yang terbaik ye?
Kamu. Aiza mintak maaf. I'm sorry. Forgive me, will u?
Besties, maafkan aiza. Aiza seorang hamba Allah yang banyak melakukan kesilapan. Maafkan aiza.
Sahabat. I'm sorry. Forgive me. I'll do my best to be a better friend of yours.
Kenalan. Maafkan saya ye?
Maaf. Maaf. Maaf.
Maafkan saya sekiranya ada yang terguris hati gara-gara keterlanjuran kata saya. Maafkan saya atas segala kekurangan serta kesilapan. Maafkan saya.
La Tahzan. La Tahzan. La Tahzan.
Kita adalah insan,
Penumpang atas dunia,
Aku dengan caraku, yang sederhana.
Kita adalah hamba,
Berbakti pada Yang Esa,
Aku mencari sinar, keredhaan-Nya.
Kita sama sahaja,
Bezanya cuma, amalan kita,
Engkau dan juga aku, saling perlukan,
Oh cinta yang muurni sebagai ikatan,
Yang kukuh dihati demi masa depan,
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini,
Akibatnya... MERANA~
(Rabbani; Insan)
Kita adalah insan. Yang lemah. Yang memerlukan petunjuk dari Yang Maha Esa. Carilah Dia sepanjang masa. Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya. Jadikanlah entry kali ini sebagai satu renungan buat kita bersama. Untuk aiza, untuk sahabat-sahabat. Untuk semua.
Wallahualam.
Aiza hanyalah insan yang lemah. Tegurlah aiza sekiranya die tersilap.
La Tahzan~
10 comments:
*terharu*
aiza! kuatkan hati! it's fragile..take care of it dear..=)
salam,
sama2 muhasabah diri,
sama2 maafkan diri sndri,
sama2 maafkan org lain,
sama2 doakan kesejahteraan semua org,
moga doa2 kita selama ini akan mengurangkan rasa tension dan sakit hati dlm diri...
amin...
p/s:marilah say sorry rame2
aiza:)
hati ini sering berbolak-balik..
kadangkala hati bertanya, adakah aku kuat?
kamu sedih, aku pun sedih..
mari sama2 kita membersihkan hati..
walaupun susah untuk mencapainya..
namun anda tidak keseorangan!!
aiza...be strong:)
Allah sayangkan kita:)))
Allah sukakan orang yang sabar kan?
p:s/dah baca buku la tahdzan?
naqiy: nper terharu??
fitri: thnks fitri! do support aiza k? i need support from u gus. KUAT!
tuah: jom saling mengingati jugak. aiza sllu luper. ingtkan aiza ye?
wado: thnks wado. really appreciate tht:)
kak farhana: belom bacer. tp ader kat umah. mama pnyer. insyaallah sy kuat:)
alhamdulillah...kadang2 kita mmg kena sedar akan kelemahan diri kita....tp igtlah,kelemahan diri tu bkn bermksd kita lemah selama2nya...dah tahu lemah,kita kena wat something,jgn trus hdp sbg orang yg lemah,Allah pn xske...insyaAllah,kamu akan recover dan menjadi manusia yg lebih berguna lepas ni...amin...
nk dedicate satu lagu tuk kamu,blh??
permataku nyanyian Mirwana
time kasih bro pian!
lagu tu favourite sy pun..
thanks though!
salam mek za..hehe..lagu puteriku syg..lagu fav tu..betapa berharganya maruah seorng perempuan..
lembut xbererti lemah..huhu.jika rosak hati,rosaklah selruh tubuh dging..jga hati,jgn biarkan atimu dijajah oleh kaum lelaki selain suamimu.cinta Allah cinta yg tidak mengecewakan...syg aiza..muahxx..
Post a Comment