Friday 23 July 2010

pacak

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


okay, pretend today is 22nd July 2010

HAPPY BIRTHDAY BABA YANG KACAK!



Okay ba, I've posted an entry already. Suka lah tu! :P


* Saya sayang baba saya. Beliau sangat sayang saya. Maka saya pun sayang beliau. heh

** Oh, saya perlu pulang sekarang, nak mengarut bersama beliau!


*** Alief dulu kata kacak tu pacak :P

I LOVE YOU TO THE MAX LA BA!!


Sunday 18 July 2010

choices

Bismillahirrahmanirrahim

In the name of Allah, Most Graceful and Most Merciful


Sejak kecil, kita telah dipertemukan dengan pilihan.

Nak makan, tak nak makan
Nak mandi, tak nak mandi
Nak tidur, tak nak tidur
Nak main, tak nak main


Meningkatnya dewasa, semakin banyak pilihan yang harus dibuat. Namun, pilihan masih ada.

Nak belajar, tak nak belajar
Nak keluar, tak nak keluar
Nak main game, tak nak main game
Nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah


Bila usia sudah mencecah umur baligh, persoalan baru timbul. Dan ya, pilihan masih ada

Nak bercinta, tak nak bercinta
Nak sayang, tak nak sayang
Nak solat, tak nak solat
Nak mengaji, tak nak mengaji
Nak masuk syurga, tak nak masuk syurga
Nak masuk neraka, tak nak masuk neraka


Ya, masih ada pilihan. Tapi mengapa pilihan yang salah selalu diambil tetapi mahukan pengakhiran yang baik? Mengapa mahu memilih jalan yang membawa kearah dosa tetapi mahukan syurga Allah? Mengapa sering memberi alasan sedangkan sudah terbukti pilihan itu salah?

Ya, kita diberi kebebasan untuk memilih. Tetapi, buat lah pilihan yang tepat. Hak kebebasan untuk memilih itu tercabul sekiranya pilihan yang dibuat itu membawa kepada rosaknya akhlak dan peribadi sendiri.

Kita bukan anak kecil berusia 5 tahun yang harus mama nya yang membuat pilihan. Kita bukan cacat mental yang memerlukan orang yang berfikiran waras untuk memberi keputusan. Kita sudah dewasa. Sudah kenal erti salah dan benar. Sudah tahu hukum. Sedar lah

* saya memilih untuk tidak memilih yang salah

** sahabat, buatlah pilihan terbaik

*** jangan cabuli hak anda untuk memilih

Monday 12 July 2010

sakit jantung

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sepanjang minggu yang baru berlalu ini, banyak perkara yang telah berlaku. Dan semuanya menyakitkan jantung. Dari sekecil-kecil hal, kepada sebesar-besar hal *kau memberi sakit jantung yang ke-3 pada aku semalam saida*. Tapi saya nak cerita 2 hal sahaja. Nak meletup rasa jantung. Mari kita mulakan pengembaraan



I like... you.

Ha~ nak meletup tak jantung baca? Haha. Ini adalah petikan dari cerita korea yang saya sedang tonton, Personal Taste. Aduhai, mamat tu 'manis' sangat sampai nak meletup jantung. Kan best kalau suami saya nanti sweet macam tu? Boleh kurangkan manis dalam makanan. Kan kurang kadar gula dalam darah.. heee~

Okay, merapu.

Istilah I like you mahupun I love you, terlalu sering diungkap. Adakah begitu mudah untuk mengungkap kata-kata tersebut? Adakah sebenarnya pengungkap tersebut benar-benar bermaksud apa yang beliau katakan? Meh nak habaq mai sat. I love my family. Okay, I've said it. And I really mean it. Ha, kalau cakap macam ni, kesasihan statement tersebut tidak lah saya mahu ragukan sangat. ye dop?


WC

WC. Paling la berdebar. Bukan water closet ye, World Cup. Mak haih. Debor den nengok bola. Nasib baik tak join penduduk kampung tengok kat layar besau yang dipasang di lapangan voli Ivona tu. main sampai 120 minit, memang jatuh golek le. Nasib baik la Espana menang. Tade la rasa frust sangat. eheh

baiklah. Malas mahu taip lagi. goodbye!

Wednesday 7 July 2010

sudah hampir

Kriiiinnnggg!!!

Tangan meraba-raba mencari jam loceng yang diletak di sebelah bantal sebelum tidur. Walaupun sudah terjaga, namun mata masih belum mahu terbuka. "Isk, mana lah jam loceng ni," bisik hati kecil sendiri. Setelah cubaan ke-3 akhirnya, terbuka juga mata. Jarum-jarum di loceng berwarna merah jambu itu di tenung. Oh, dah pukul 5. Waktu untuk bersahur. Selimut yang membaluti tubuh diletak ke tepi. Perlahan-lahan, menuju kamar mandi untuk membersihkan muka.

"Anis, Adik. Bangun sahur!" begitulah rutin harian Aiza sewaktu bulan puasa pada suatu masa dahulu. Kenapa tiba-tiba membiacarakan tentang puasa ni? Hmm. Teringat memori lama, sewaktu Aiza berpuasa sebulan penuh dirumah. Sewaktu membantu mama, nini dan adik membuat choc chip. Dan juga memasang langsir. Dan membeli baju baru bersama adik-adik.

****************

"Alief, cepat niat!" Alief mengepalai kami membaca niat puasa. Dengan semangat, Alief mambaca niat:




Walaupun masih mamai dan mengantuk, semua menjamah makanan yang terhidang. Tak kisah sikit, banyak. Tetap makan. Oh, rindu suasana itu. Cepat lah Pulang!!

**************

Balik kali ini, sempat berpuasa di rumah untuk beberapa minggu. Kemudian perlu kembali ke Jatinangor semula. Hidup seorang pelajar di perantauan. Sangat menguji kesabaran. Alhamdulillah, dapat juga balik untuk raya kali ini. Serik untuk beraya di sini. Cukup lah pengalaman pada tahun pertama :)

* eh, tak sabar la nak puasa!!

** esok puasa jom!

*** jom ramai-ramai pegi ta'lim di bale 4! :)

Saturday 3 July 2010

mari ber-BICARA

kisah 1

Perbualan telefon antara adik dan kakak beliau.

Kakak: Alief, Alief sokong bola team mana?

Adik: Alief sokong team apa tah nama dia. Dia lawan Portugal (pada hari tersebut, match yang berlangsung adalah antara Ivory Coast dan Portugal)

Kakak: Kenapa Alief tak sokong Portugal?

Adik: La, dulu kan dorang serang Melaka. Sekarang pergi duduk kat Portugal pulak. isk, Kak Long ni~

oh, kakak yang sungguh tak sensitif! =.='


**************************

Kisah 2

Masih perbualan antara kakak dan adik, cuma pada hari yang berbeza

Kakak: Alief, jangan makan McD tau!

Alief: Kenapa, Kak Long?

Kakak: Sebab McD bagi duit kat orang jahat. Pastu nanti orang jahat tu beli pistol, tembak orang Islam.

Alief: Ok kak. Tapi Alief tak faham. Kenapa dia bagi pistol kat orang Islam, tapi dia nak suro orang Islam tembak orang Islam?

adakah explanation saya terlalu kanak-kanak sehingga Alief pun tak paham? =.='


*************************

Kisah 3

Perbualan antara pakcik teksi dan 2 orang pelajar Malaysia

Pakcik: Neng, mahu ke mana neng?

Pelajar: Jatinangor pak

Pakcik: Dari mana neng? Jambi atau Makassar?

muka kami nampak macam local ke? =.='


****************************

Kisah 4


Perbualan antara bapa dan anak di dalam angkot

Anak: Pa, Pancasila itu apa?

Bapa: Pancasila itu burung GARUDA

oh, bapa ini sungguh lembut menerangkan erti pancasila kepada anak beliau! ^^


*********************


Kisah 5

Perbualan antara ibu dan anak

Saya dan teman menonton eclipse di panggung wayang.

Anak: Ma, matanya semua merah ya?

Ibu: Iya, merah semuanya!

walaupun tengah menonton, ibu ini masih melayan karenah anak beliau ^^