handle biru dipegang. sponge lembut dicelup-celup dengan cecair berwarna putih. sebaik sahaja sponge itu digolekkan ke atas permukaan vertical ke atas dan ke bawah, titis putih mula jatuh ke atas baju hitam saya. perlahan-lahan, titis-titis putih itu semakin banyak. saya berhenti mengecat. pandangan mata diarahkan ke atas baju hitam yang sedang disarungkan. " adoi, bijak le kamu ni za. da tawu nk cat putih, g pakai baju hitam pulak. adeyh~" saya bermonolog dalaman.
setelah genap dua minggu di rumah, saya akhirnya mendapat projek besar, MENGECAT RUANG TAMU!! haa~~ jangan terkesima. saya hebat juga dalam cat-mengecat ni. tangan yang tadinya bersih serta suci mula dinodai cat-cat putih tersebut. kerja yang dahulunya dilakukan oleh para pejuang teruna rumah ini diambil-alih oleh sang pencinta wanita yang sememangnya gagah perkasa (betul kan wahai para wanita perkasa? heh). bukannya apa, sang bapa sibuk mencari nafkah. si adik pula sedang bertungkus-lumus di seri iskandar. jejaka seorang lagi pula sedang kepenatan. saya yang sedang tidak berbuat apa-apa rasa ada baiknya saya yang mencetuskan ide, tak ke gitu? hee~~
usai pulang dari memanjakan diri dengan membeli beberapa buah novel inggeris (bukan yang jiwang-jiwang tu ye?), saya memberi idea yang tidak disangka sama sekali diterima pengarah!
"ma, memandangkan kakak pun xbuat pape, pe kate kite g beli cat, pastu nnt kite cat le sesame. amacam?"
"ha.. boleh jugak!"
there you go. tidak disangka-sangka cadangan itu diterima serta merta. adik-adik saya yang baru saya jemput dari sekolah juga bersemangat mendengar cadangan itu. setelah bersiap-siap, maka projek pun bermula!!
atas bawah, atas bawah
span lembut membuat keajaiban
dengan sentuhan magis sang pencinta
warna yang dahulunya kusam bertukar indah
diiringi irama-irama penuh ceria
serta keikhlasan hati yang penuh bahagia
hatta badan keletihan setelah penat meredah lautan ilmu
semangat tidak pernah luntur
malah semakin gah ia berdiri
mencuba bersama yang tercinta menyiapkan tugasan tak seberapa
untuk mencari redha Ilahi
dalam mencari kebahagian sejati
Ya Allah
Kau berilah kebahagian kepada ahli keluargaku
Ya Rabb
Kau lindungilah kami
Ya Rahman
Kau mantapkan lah iman kami
Ya Rahim
Kau tetapkanlah iman kami setelah kau berikan kami nikmat iman dan islam Ya Allah~
tangan saya masih penuh dengan cat putih sebenarnya. berehat seketika. mencuri sedikit masa rehat untuk menulis serba sedikit di blog yang telah hampir 2 minggu lebih ditinggalkan. semoga setiap pekerjaan yang kita lakukan mendapat redha Ilahi. semoga cuti kali ini membawa perubahan yang baik :)
* saya tulis skemakan? baba suro. heh
** jom cat-cat! best~
*** hargailah keluarga anda. habiskan masa-masa anda dengan penuh kualiti. pasti anda tidak menyesal kelak!
**** selamat beramal!